say no to COUPLE ! ♥




Bismillahirrahmanirrahim ...


 Alhamdullilah ,alhamdullilah ,alhamdullilah .bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan syirah terus hidup di muka bumi yang sementara ini .Allahuakbar,sudah lama syirah tidak mengupdate blog  ini..Hari inisyirah nak share dekat ukhti dan akhi atau muslim dan muslimah .





‎”Hati-hatilah kamu daripada bicara-bicara dengan wanita, sebab tiada seorang lelaki yang berduaan dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya.” (Riwayat Al-Hakim)
“Jika seorang berzina, maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung di atas kepalanya dan apabila ia menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya.” (Riwayat Abu Daud & Al-Baihaqi)

                                                  

” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat menganggu ahli neraka lain kerana sangat busuk.” (Riwayat Al-Bazaar)
    

“Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaannya sama sahaja.” (Sahih Muslim).
“Awaslah kamu daripada berdua-duaan dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tanganNya. Tiada seorang lelaki yang berdua-duaan dengan wanita melainkan dimasuki syaitan antara keduanya.” (Riwayat At-Tabarani)
                                                        

“Seorang yang berzina atau minum khamar, maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis(baju) dari kepalanya.”(Riwayat Al-Hakim)

                                              
“Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakan setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan.” (Riwayat Bukhari & Muslim).

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

                                                 
SAY NO TO COUPLE!couple haram .ia tetap haram .JAUHI COUPLE,DEKATI NIKAH.Memang cinta itu fitrah tapi jangan sampai ia menjadi fitnah dan hanyut kelembah kehinaan.Share kepada semua orang supaya kita tidak terjebak dengan kemaksiatan di muka bumi Allah ini,insya'allah..taubatlah,pintu taubat sentiasa terbuka :)

                                                  
#Copy Paste from other website . mohon jdi panduan utk kita semua.. in shaa allah :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

~ Bangkit Dari Sebuah Kegagalan ~


                                                   


Jika semua yang kita kehendaki terus kitaMILIKI, 

darimana kita belajarIKHLAS?


Jika semua yang kita impikan segeraTERWUJUD, 

darimana kita belajarSABAR?

 
Jika setiap doa kita terus Allah      KABULKAN,

bagaimana kita dapat belajarIKHTIAR?

 

Seseorang yang dekat dengan Allah, bukan berarti tidak ada air mata,
Seseorang yang taat pada Allah, bukan berarti tidak ada kekurangan,
Seorang yang tekun berdoa, bukan berarti tidak ada masa susah,
Biarlah Allah yang Maha Berkuasa sepenuhnya atas hidup kita, kerana Dia tahu yang tepat untuk memberikan yang terbaik.


 

Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentangKETULUSAN


Ketika usahamu dinilai tidak penting sama sekali, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEIKHLASAN




Ketika hatimu terluka yang sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMAAFAN.

Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentangKESUNGGUHAN



Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETENGGUHAN

Ketika kamu harus mengeluarkan harta yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang 
KEMURAHAN HATI.



Tetap semangat….
Tetap sabar….
Tetap tersenyum…..
Kerana kamu sedang menimba ilmu KEHIDUPAN




TUHAN menetapkan di “tempatmu” yang sekarang, bukan kerana“KEBETULAN”
Orang yang IMAN YANG HEBAT tidak dididik melalui kemudahan, kesenangan, dan kegembiraan..




MEREKA di bentuk melalui KESUKARAN, TENTANGAN & AIR MATA.

 

P/S ~~ jangan pernah menyerah.. terus , terus dan terus mencuba dan menghadapi segalan dugaan yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T


Ingatlah.., orang yang selalu diuji oleh Allah ialah orang yg disayangi oleh-Nya..
sabar , tawakal dan usaha..


JANGAN JADIKAN KEGAGALAN SEBAGAI PENGHALANG UNTUK ANDA MENCAPAI CITA II ANDA..

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

~Ujian lumrah kehidupan~




Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.



Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.


 Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. 


Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.



Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.




Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.



Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.



Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan. - 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

Ya Allah Sweetnya❤(。◕‿◕。) (。◕‿◕。) ❤ Jom baca..





Suami tercium bau dari dapur..Apa agaknya disediakan isteri untuk minum petang..

Suami :(senyap2 datang kepada isteri dari belakang, lalu memeluknya)Sayang, masak apa tu?

Isteri : Abang! Terkejut Iza..Emm (menyenangi pelukan suaminya) Iza goreng cekodok ikan bilis kegemaran abang (tersenyum sambil sandar di badan suami yang memeluknya) Abang duduk dulu di depan, nanti Iza siapkan minum petang kita.


Minum petang dihidangkan si isteri…

Suami : (berkerut dahi selepas minum air yang dituangkan isteri)

Isteri Kenapa bang??Tak sedap ke air Iza buat?? (Lalu diminum air dalam cawan suaminya) Manis je ni bang?

Suami : (Diambilnya cawan tersebut dan minum dibekas bibir isterinya)Barulah MANIS! ^^

Isteri Saje je abng ni kacau Iza! (Cubit paha suaminya!)

*(◕‿◕) (◕‿◕*•¸.•´`¸.•´``•.¸`•.¸.¸¸.•*(◕‿◕) (◕‿◕)


 Indahnya TAHAJUD malam andai terlaksana TANDA cinta hamba 
kepada TUHANNYA..

 Merdunya zikir di bibir tiada HENTI membasahi lidah tanda RINDU kepada 
PEMILIK JIWA..

 Tenangnya AIR MATA mengalir sejuk terasa TANDA insaf mohon diampunkan 
DOSA kepada YANG MAHA PEMURAH..

 Kusyuknya SUJUD terlaksana setiap masa TANDA taat setia kepada Pemilik 
alam di seluruh SEMESTA..

 Damai dan TENANG di jiwa mula dirasai TANDA kasih sayang ALLAH kepada 
setiap hambaNYA..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...