Ya Allah Sweetnya❤(。◕‿◕。) (。◕‿◕。) ❤ Jom baca..





Suami tercium bau dari dapur..Apa agaknya disediakan isteri untuk minum petang..

Suami :(senyap2 datang kepada isteri dari belakang, lalu memeluknya)Sayang, masak apa tu?

Isteri : Abang! Terkejut Iza..Emm (menyenangi pelukan suaminya) Iza goreng cekodok ikan bilis kegemaran abang (tersenyum sambil sandar di badan suami yang memeluknya) Abang duduk dulu di depan, nanti Iza siapkan minum petang kita.


Minum petang dihidangkan si isteri…

Suami : (berkerut dahi selepas minum air yang dituangkan isteri)

Isteri Kenapa bang??Tak sedap ke air Iza buat?? (Lalu diminum air dalam cawan suaminya) Manis je ni bang?

Suami : (Diambilnya cawan tersebut dan minum dibekas bibir isterinya)Barulah MANIS! ^^

Isteri Saje je abng ni kacau Iza! (Cubit paha suaminya!)

*(◕‿◕) (◕‿◕*•¸.•´`¸.•´``•.¸`•.¸.¸¸.•*(◕‿◕) (◕‿◕)


 Indahnya TAHAJUD malam andai terlaksana TANDA cinta hamba 
kepada TUHANNYA..

 Merdunya zikir di bibir tiada HENTI membasahi lidah tanda RINDU kepada 
PEMILIK JIWA..

 Tenangnya AIR MATA mengalir sejuk terasa TANDA insaf mohon diampunkan 
DOSA kepada YANG MAHA PEMURAH..

 Kusyuknya SUJUD terlaksana setiap masa TANDA taat setia kepada Pemilik 
alam di seluruh SEMESTA..

 Damai dan TENANG di jiwa mula dirasai TANDA kasih sayang ALLAH kepada 
setiap hambaNYA..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

Senyum itu Ubat Segala Keperitan..





“Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Andai kita tidak mampu membuat orang gembira.. sekurang-kurangnya janganlah membuat mereka sengsara.. Andai kita sengsara, derita.. janganlah sentiasa bermasam muka.. senyumlah walaupun terpaksa.. sekurang-kurangnya tidak menyakiti hati sesama kita..


Ceria dan senyumlah kerana keceriaan itu ubat segala keperitan. 

Kegembiraan, kebahagiaan yang terpancar di wajah itu mampu mengubati kesakitan dan kepedihan hati ibaratkan madu merawati luka.. sakit, pedih, tetapi ia merupakan rawatan paling mujarab.





"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." 

[HR Tirmizi dan Abu Dzar]




Senyumlah, walau hati mu terasa sakit…
Senyumlah, walau diri mu merana…
Senyumlah, walau engkau disakiti…

Kerana dibalik senyuman mu itu…
Tersimpan satu kekuatan…
Kekuatan yang membangkitkan mu…
Memberikanmu semangat baru…

Di balik senyuman mu…
Timbul perasaan sabar…
Engkau ikhlas akan semua yang terjadi…
Engkau berserah pada yang Esa…
Kekuatan senyuman mu, memberikan mu kehidupan…




“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah al-‘imran : 139)

Tersenyumlah.. :)
Walau kita dianiaya dan disakiti tanpa henti.. :)
Sesungguhnya, doa orang2 yang dizalimi itu mustajab.. :)





p/s : Ya Allah ya Tuhanku.. berikanlah aku kekuatan untuk tetap tersenyum.. Andai keperitan, kepedihan, kesulitan dan kesukaran ini merapatkan aku dengan-Mu berilah kekuatan padaku untuk menempuhinya.. dan andai ia menjadi asbab untuk aku semakin jauh dari-Mu, didikkanlah hatiku ini kepada-Mu.. supaya aku lebih tenang dan tabah menerusi keperitan ini.. Tiada yang lebih memahami selain dari-Mu.. hanya pada-Mu aku mengadu dan berserah..








♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

~ Nasihat Seorang Teman...~


Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian,
Apa kabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
Terang benderang menerangi kehidupan..



“Dalam aku mencari redha-Mu tuhan, jiwaku perlu kepada mutiara ihsan, kalbuku perlu pada permata iman, agar diriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM, tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu tanpa bantuan seorang teman yang mampu menjadikan diriku menuju ke sisi-Mu Tuhan.”

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tau bila Allah mencintaiku iaitu saat ku membenci segala kejahatanku..”

“Berpenat lelah la kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan, jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan” – Imam Syafie

Hadapilah setiap ujian yang mendatang dengan tenang dan menganggapnya ujian itu jalan kita menuju syurgaNya. Dia tdak akan menguji hambanya seandainya Dia tahu kita tidak mampu tapi kita diberi ujian bersyukurlah dengan sebenarnya kerana itu dia menandakan amat menyayangi kita..

Walau peritnya ujian walau pahitnya derita walau sakitnya jiwa walau pedihnya hati ibarat dlukai dgn garam tapi ketahuilah. setiap ujian itu mgharapkan kemanisan iman yang tiada nilainya.sukar ditafsirkan oleh hati sukar digambarkan dengan mata. Fahamilah sakit itu sebenarnya penawar segalanya. Bersemangatlah..


Semoga Allah redha dan kasih dengan kita semua. InsyaAllah..  Kita akan cuba untuk menjadi yang soleh dan solehah. Mungkin untukmu yang bergelar pemilik hatiku.


Redhakanlah kami. Amin ya Rabb. Tabahkan hatiku.. :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba....


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.




Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.




Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.




Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu...






Aminn..:)







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

awak, cinta tu macam mana?



awak, cinta tu macam mana?
adakah macam sambal belacan, walau pedas sampai mengalir air mata tp orang tetap nk makan..
atau macam buah mangga, ada yang masam, manis, pahit, tawar..

 

awak, cinta itu macam mana?
ada orang kata, cinta itu indah, manis..
kalau org yang bercinta akan terasa seperti berada di taman bunga yg dipenuhi dgn bunga-bungaan yang wangi, suara kicauan burung yang merdu serta rama-rama yang terbang ke sana kemari..
TAPI kan awak, kalau cinta itu indah, kenapa ada yang sengsara bila bercinta?




awak, cinta tu macam mana?
kalau betul cinta itu kekal, kenapa ade yang bercerai setelah berpuluh2 tahun berkahwin?
kenapa ada yang putus setelah berjanji untuk setia selamanya?

 ......................................................................

awak sebenarnya cinta itu mmg macam sambal belacan, ia penambah rasa dalam kehidupan..
tanpa belacan mungkin hidangan yang dimakan tidak sesedap jika dimakan bersama belacan..


awak, cinta tu mmg ada macam-macam rasa..
macam kehidupan, tak selalunya kita bahagia..
ada masa kita akan rasa sakitnya kecewa, peritnya ditinggalkan..

awak, cinta yang kekal, hanya untuk ALLAH..
awak jika dia bukan untuk awak, awak berjanji sampai langit ke tujuh pun, dia tetap akan pergi tinggalkan awak..

 

Awak, 
kata DOKTOR, cinta ni bila jantung berdegup kencang..
kata PEGUAM, cinta itu perlukan bukti..
kata JURUTERA, cinta itu perlukan asas yang kukuh..
kata POLIS, cinta itu perlu di tangkap..

kata SAYA, cinta itu milik ALLAH...
jika kita letakkan seluruh rasa cinta kepada ALLAH, DIA pasti serahkan rasa itu kepada insan yang selayaknya untuk kita...

Awak,
berhentilah berfikir tentang mereka-mereka yang ada dalam lipatan sejarah silam awak, ada sebab kenapa Allah tidak izinkan mereka-mereka untuk berada di masa depan awak..





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...