Kenapa Dia Lebih Cantik Dari Saya? Jelesnya....



cantik

Pada mulanya memanglah terasa berat kerana hati akan selalu mengelak. Bahkan hati juga akan selalu cenderung untuk merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki dan menyebabkan hati terasa tercabar untuk menerima apa yang telah dikurniakan. Apatah lagi yang dikurniakan wajah yang tidak menepati keinginan diri seperti wajah yang dipenuhi dengan jerawat, sudah tentu akan menyebabkan hati terasa berat untuk menerima..

Mata akan memandang hijaunya rumput halaman jiran sebelah lebih cantik dan lebih sihat berbanding rumput di halaman sendiri. Memandang wanita yang lebih cantik dan lebih menawan hati membuatkan diri terasa terpinggir dan serba kekurangan. Diri terasa tidak setanding dengan mereka yang cantik, lantas merasakan kurniaan yang dimiliki tidak bererti apa-apa untuk hidupnya kerana tidak mampu menjadikan diri sehebat penampilan orang lain....

Inilah perasaan yang tidak sewajarnya hadir dalam hati kita. Inilah perasaan yang sepatutnya dilupuskan daripada lubuk hati, kerana perasaan ini akan menjadikan kita tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah....

Percayalah bahawa Allah SWT selalu mempunyai rencana yang baik kerana memberi wajah ini kepada kita. Allah selalu mempunyai cara terbaik untuk mendidik hambaNya agar dapat menjalani hidup yang  sepatutnya. Agar lebih bersikap terbuka terhadap kelebihan orang lain dan dapat bersikap tenang terhadap kekurangan orang lain juga...

Kita tidak perlu merasa iri hati atau gundah gelana melihat wanita lain lebih cantik rupa parasnya. Ini kerana setiap orang sudah mempunyai kurniaan rezeki masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Dan setiap kurniaan itu ada hikmah tersendiri, yang mungkin sahaja tidak pernah terfikir oleh akal kita....


Sepatutnya, katakan pada hati kita bahawa dia memang lebih cantik, tetapi saya lebih bersyukur dengan apa yang ada. Itulah sebaik-sebaiknya tanda kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.
“Inilah saya, beginilah saya dan inilah apa adanya saya”....


P/S :- bersyukurlah dengan ape yang anda miliki hari ini.., sesungguhnya diri anda begitu berharga.. :D 




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

5 Kelebihan Memilih Hidup Single....







Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini kami akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single dan Ia terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..

Kewangan
Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

Kawan 
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu 
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

Tidak banyak masalah 
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

Kurang tanggungjawab 
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.


Artikel ini hanya untuk pasangan couple bukannya dah berkahwin XD..^___^

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

Wanita itu Indah dan hebat....






Wanita adalah insan yang amat mempesona bagi setiap lelaki. Anugerah ini adalah amat bernilai dan amanah yang perlu dijaga dan dipelihara jika dirinya mahu disayangi pasangannya tetapi juga Allah dan Rasul.

Wanita mudah ke syurga dan mudah sekali terjun ke neraka. Namun Allah SWT memberi rahmat ke atas kita dengan berbagai-bagai ganjaran dan nikmat dengan syarat ikut yang Allah perintahkan dan mengamalkan sunnah Rasul-Nya. Jika ingkar maka akan berlaku sebaliknya.

Apabila kaum wanita bermaruah dan berakhlak, maka di situlah terletak nilai dan ketinggian darjat mereka menjadi golongan yang menyenangkan hati suami dan keluarga serta harapan masyarakat dan generasi akan datang...


  • Sabda Rasulullah SAW, maksudnya : '' Dunia merupakan suatu keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan). Sebaik-baik keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan) ialah wanita solehah. '' (Riwayat Muslim)..
    • Sabda Rasulullah SAW selanjutnya, maksudnya ; ''Sebaik-baik wanita (isteri) ialah apabila engaku memandangnya menyenangkan hati, jika diperintah di taat dan jika ditinggalkan di rumah dia menjaga maruah dirinya dan hartamu. '' (Riwayat An-Nasaie)...
    • Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; ''Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat dia disery masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang dia sukai.'' (Riwayat Tabrani)...

    ♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...