jika namamu yang tertulis di lauhul mahfudz...

Jika namamu yang tertulis di lauhul mahfudz untuk diriku....nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan pada diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku...  ♥


Wahai seseorang yang tertulis di lauhul mahfuz ku.... Imamku dan ayah dari anak-anakku. Engkau yang bersama dalam perjalananku nanti...aku percaya kamu sedang memperbaiki dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak ♥..






Dalam DIAM aku tertarik dengan SIFATnya,,ILMUnya,,CARAnya,, KECANTIKANnya, & KEANAK-ANAKANnya...


Aku DIAM,, DIAM kerana aku tahu dia milik ALLAH,,aku hanya perlu minta kepadaNYA..


Jodoh milik ALLAH,,tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan 'lafaz akad nikah'.. ~



~~ syirah sahimi..~~






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

~Cintanya Awan Pada Hujan~




“Hujan, tolong jangan pergi...” Kata Awan..

“Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan

Tapi aku masih mampu...” Kata Awan..




Hujan tersenyum sambil berkata  “Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?..”

Awan terdiam....

“Aku harus patuh pada perentah Tuhan. Dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan...


Didada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...


“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?” Kata Hujan pada Awan...Hujan sebak menahan perasaan....





“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..Terima kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....


“Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain... Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...


Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.


Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.




Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan? Subhananllah...








♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

KEPADAMU YA ALLAH KUATKAN HATIKU..


Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.. aku bersyukur diatas segala ujian dari-MU..
demi masa depan yang cerah, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kekurangan diri ini...

aku terima segala keputusan yang KAU tetapkan untuk aku
berilah aku peluang Ya Allah untuk merasa lebih baik dari orang lain dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..

demi keluarga, kawan-kawan dan juga orang tersayang yang sudah banyak membantu aku, tak sanggup rasanya hati ini nak kecewakan mereka. banyak sangat jasa mereka untuk aku terus berjaya dan rasanya aku sendiri tak mampu nak membalas. aku berserah pada-MU Ya Rabbi..





Ya Allah.. berikan aku jalan untuk terus memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri aku untuk menjadi insan yang lebih berguna, yang boleh diharapkan dan boleh dibanggakan oleh keluarga aku terutama sekali..

ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku buat selama 18 tahun aku hidup dibumi-MU ini dan pada-MU Ya Allah aku terima dengan hati yang terbuka segala apa yang KAU telah tetapkan untuk diri aku..

Terima Kasih Ya Allah!!! Syukran..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

Salam Maulidur Rasul ...

Salam Maulidur Rasul dari saya, Syirah Sahimi untuk semua yang datang berkunjung ke blog ini.. Salam Ukhwah drpd saya..

Semoga amalan seharian kita semakin bertambah dan menjadi seorang umat Nabi Muhammad s.a.w yang sejati... InsyaALLAH..


copy paste dri cik epal..:D


Jom selawat..bukan pada hari ini sahaja malah menjadi amalan dikala ingat..
semoga sentiasa ingat...



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...