~Cintanya Awan Pada Hujan~




“Hujan, tolong jangan pergi...” Kata Awan..

“Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan

Tapi aku masih mampu...” Kata Awan..




Hujan tersenyum sambil berkata  “Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?..”

Awan terdiam....

“Aku harus patuh pada perentah Tuhan. Dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan...


Didada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...


“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?” Kata Hujan pada Awan...Hujan sebak menahan perasaan....





“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..Terima kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....


“Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain... Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...


Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.


Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.




Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan? Subhananllah...








♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

KEPADAMU YA ALLAH KUATKAN HATIKU..


Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.. aku bersyukur diatas segala ujian dari-MU..
demi masa depan yang cerah, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kekurangan diri ini...

aku terima segala keputusan yang KAU tetapkan untuk aku
berilah aku peluang Ya Allah untuk merasa lebih baik dari orang lain dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..

demi keluarga, kawan-kawan dan juga orang tersayang yang sudah banyak membantu aku, tak sanggup rasanya hati ini nak kecewakan mereka. banyak sangat jasa mereka untuk aku terus berjaya dan rasanya aku sendiri tak mampu nak membalas. aku berserah pada-MU Ya Rabbi..





Ya Allah.. berikan aku jalan untuk terus memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri aku untuk menjadi insan yang lebih berguna, yang boleh diharapkan dan boleh dibanggakan oleh keluarga aku terutama sekali..

ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku buat selama 18 tahun aku hidup dibumi-MU ini dan pada-MU Ya Allah aku terima dengan hati yang terbuka segala apa yang KAU telah tetapkan untuk diri aku..

Terima Kasih Ya Allah!!! Syukran..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

Salam Maulidur Rasul ...

Salam Maulidur Rasul dari saya, Syirah Sahimi untuk semua yang datang berkunjung ke blog ini.. Salam Ukhwah drpd saya..

Semoga amalan seharian kita semakin bertambah dan menjadi seorang umat Nabi Muhammad s.a.w yang sejati... InsyaALLAH..


copy paste dri cik epal..:D


Jom selawat..bukan pada hari ini sahaja malah menjadi amalan dikala ingat..
semoga sentiasa ingat...



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

Ya Allah !

Ya Allah, jika aku bisa meminta sesuatu yang tidak masuk akal..
aku meminta agar kau jadikan lah halimun
supaya tidak seorang pun dapat melihat aku menangis..

Ya Allah, jika dahulunya Kau jadikan aku seorang hamba yg lemah
maka hari ini Kau jadikan lah aku seorang hamba Mu yg paling kuat
untuk menempuhi hari-hari ku dengan segala tomahan
dan cacian mereka terhadap diri ku
Apabila aku dihadapan mereka Kau tutupkan lah segala kelemahan ku
agar aku bisa hadapi  mereka dengan senyuman..

Ya Allah, jika aku rebah Kau bangunkan lah aku
dan jika aku resah dengan apa yg dikatakn mereka Kau tenang kan lah aku
Kau sabarkan lah hatiku ketika mereka memperkecil kn aku Ya Tuhanku
beradalah disamping ku apabila aku kehilangan kepercayaan daripada mereka..
  
Ya Allah, Kau peliharakn lah maruah dan harga diriku ku
ketika maruah ku sedang dijaja oleh mereka
Ya Allah, aku berterima kasih kepada Mu 
kerna telah menbangunkan aku dari tidur ku
dan kini baru aku sedar siapa yang setia berada di sampingku 
dan siapa yang sanggup mengkhianatiku..

Ya Allah, aku mohon agar Kau jadikan lah hati ku sekeras kayu
yang tidak mudah pecah dan tahan dari tetap teguh menjadi seketul batu yg keras
supaya hati ku tidak mudah terluka dek kata-kata mereka
serta tidak menyimpan sedikit dendam atas apa yang mereka lakukan terhadap diriku..

Ya Allah, Kau ampunkan lah dosa-dosa ku
serta Kau ampunkan lah dosa orang yang telah memcemuh ku
Kau berikan lah mereka hidayah Mu
agar mereka tidak lagi menbuka aib seumat dengan mereka..





:YA ALLAH AKU AKAN BERUSAHA UNTUK MENgHADAPI SEGALA UJIAN MU
TAPI AKU MOHON JIKA SATU HARI NANTI
APABILA AKU JATUH DAN TIDAK BISA BANGUN
KAU AMBIL LAH NYAWA KU
KERNA MUNGKIN PADA SAAT ITU AKU SUDAH TIDAK MAMPU
UNTUK BERDEPAN DENGAN TOMAHAN MEREKA
Amin


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry ini! ♥♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...